Arduino ialah Papan
pembangunan (development board)yang menggunakan uC Atmega untuk menghasilkan projek ataupun eksperimen.Menyerupai
seperti PIC(Programmable Integrated Circuit) tapi baru diperkenalkan pada 2005 di Italy.
Tujuan utamanya adalah untuk menghasilkan Papan pembangunan yang lebih murah
supaya dapat digunakan oleh lebih ramai pelajar disana.Hari ni Arduino menjadi
semakin popular sehinggakan terdapat pereka fesyen di Italy yang menggunakannya
untuk pakaian baru mereka. Senarai empat nama dibawah ini adalah mereka yang
terlibat dalam menghasilkan Arduino.
Lebih khususnya
Arduino ialah sejenis Papan Pembangunan yang boleh digunakan untuk berinteraksi
dengan peralatan luaran seperti mengesan dari sensor dan mengawal peralatan
seperti motor dan relay. Jadi anda boleh menggunakan Arduino untuk membina
peralatan elektronik seperti alat penggera,jam digital,paparan Led dan juga
robot atau apa saja mengikut kreativiti anda.Dibina secara sumber terbuka
supaya dapat digunakan dengan lebih mudah dan murah berbanding mikro kontroler
lain yang ada di pasaran.
Terdapat banyak
mikro kontroler dipasaran antaranya PIC,Basic Stamp dan lain lain. Kesemua
mikro kontroler ini boleh diguna untuk membina peralatan seperti yang
dinyatakan tadi.
No comments:
Post a Comment