Saturday, 26 October 2013
Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F
Optical Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F merupakan sensor yang
mengesan nilai debu pada kadar unit (ug/m³). Sensor ini digunapakai bagi
mengkaji kandungan debu semasa jerebu berlaku.
Raw
Signal Value (0-1023): 192.00 - Voltage: 0.62 - Dust Density [ug/m3]: 5.19
Raw
Signal Value (0-1023): 204.00 - Voltage: 0.66 - Dust Density [ug/m3]: 11.76
Raw
Signal Value (0-1023): 205.00 - Voltage: 0.66 - Dust Density [ug/m3]: 12.31
Raw
Signal Value (0-1023): 640.00 - Voltage: 2.06 - Dust Density [ug/m3]: 250.63
Raw
Signal Value (0-1023): 640.00 - Voltage: 2.06 - Dust Density [ug/m3]: 250.63
Raw
Signal Value (0-1023): 640.00 - Voltage: 2.06 - Dust Density [ug/m3]: 250.63
Raw
Signal Value (0-1023): 639.00 - Voltage: 2.06 - Dust Density [ug/m3]: 250.08
Raw
Signal Value (0-1023): 640.00 - Voltage: 2.06 - Dust Density [ug/m3]: 250.63
Penghasilan Sensor Yang Mengkaji Suhu, Kelembaban dan IPU Udara
Bagi mengkaji
tahap suhu, kelembaban dan API udara, saya menggunakan sensor DHT11 dan Optical
Dust Sensor Sharp's GP2Y1010AU0F. Kedua-dua sensor ini dapat memastikan nilai
suhu, kelembaban dan IPU udara.
Sensor DHT11
Sensor DHT11 merupakan sensor yang digunakan untuk mendapatkan nilai
bagi suhu dan kelembaban. Sebelum digunakan ia perlu diprogramkan terlebih
dahulu. Nilai suhu dan kelembaban dapat dilihat melalui Serial Monitor pada
Arduino atau pada paparan LCD
MENGHASILKAN SENSOR YANG DAPAT MENGESAN SUHU, KELEMBABAN DAN JEREBU
Jerebu adalah keadaan di mana
kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di
atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Bahan Pencemaran Udara
·
Bahan partikel yang berukuran
kurang dari 10mm/m3 diameter
·
Ozon
·
Gas Karbon monoksida
·
Gas Nitrogen dioksida
·
Sulfur dioksida
Alat Pengecas Bateri Litium Polimer Melalui Tenaga Solar
Ketiga-tiga
peranti dan komponen digabungkan menjadi seperti berikut untuk menghasilkan
output 5v tanpa menggunakan tenaga elektrik
Solar Panel
Mempunyai kecekapan yang tinggi pada 16%. Unit mempunyai salutan
epoxy jelas dengan sokongan papan yang keras. Kedap teguh untuk aplikasi yang
melibatkan luaran.
Bateri LiPo 3.7v 2600 MAh
Litium ion polimer (juga dikenali sebagai 'LIPO' atau
'lipoly') merupakan bateri yang nipis,
ringan dan berkuasa. Output antara 4.2V apabila benar-benar dikenakan ke 3.7V.
Bateri ini mempunyai kapasiti 2600mAh untuk sejumlah kira-kira 10 Wh.
Bateri memepunyai 2-pin penyambung JST-PH yang tulen seperti yang
ditunjukkan dan termasuk litar perlindungan yang diperlukan. Kerana mereka
mempunyai penyambung JST tulen, kabel tidak akan tergendala dalam JST bicu yang
sepadan, hanya klik masuk dan keluar dengan lancar.
LiPo Rider Pro
LiPo Rider Pro adalah peranti tenaga hijau yang boleh menghasilkan
output 5v menggunakan tenaga solar dan bateri. Ia merupakan sumber hijau yang
sesuai untuk reka bentuk luar sensor. Ia boleh digunakan pada kuasa solar
selam-lamanya. LiPo Rider Pro adalah amat berpatutan dan mudah digunakan kerana
ia tidak memerlukan pengaturcaraan. Cuma perlu pasangkan dan ia akan terus
berfungsi. Pengecas dalaman IC mengendalikan semua aliran kuasa antara pelbagai
komponen. Bagi kes kuasa solar tidak mencukupi, port microUSB membolehkan anda
mengecas bateri litium melalui USB.
MENGHASILKAN TENAGA OUTPUT 5V MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR
Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi untuk
mendapatkan tenaga berguna
daripada cahaya matahari. Tenaga
matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa
abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain, seperti
di kawasan terpencil dan di angkasa
lepas.
Kegunaannya semakin meluas tatkala kesedaran mengenai kos
persekitaran dan bekalan terhad oleh sumber tenaga lain seperti bahan api fosil yang semakin
terasa. Bagi menjimatkan tenaga elektrik, saya ditugaskan untuk menghasilkan
bekalan kuasa sebanyak 5v menggunakan tenaga solar
Komponen-komponen yang diperlukan
Komponen-komponen yang diperlukan untuk menghasilkan bekalan kuasa
5v ini adalah seperti berikut.
1.
LiPo Rider Pro
2.
Bateri LiPo 3.7v 2600 MAh
3. Solar Panel
Menulis Pengaturcaraan Arduino
Klik pada folder
Arduino 1.5.2 Beta dan anda akan melihat gambarajah seperti dibawah
Klik logo Arduino dan anda akan melihat antaramuka seperti dibawah.
Antaramuka ini dinamakan” sketch”. Ia dibina secara sumber terbuka,
oleh itu sentiasa ada pembaharuan dan penambahbaikan dari semasa ke
semasa.
Disinilah anda akan menulis kod untuk di muat naik ke Arduino anda.
Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah ”C” yang telah dipermudah
.Sesuai untuk mereka yang baru bermula dan ingin mencuba. Bagi yang
baru menyesuaikan diri dengan Arduino, mereka hanya perlu menggunakan contoh
kod yang telah disediakan di”library” yang disediakan oleh Arduino dan hanya
perlu memasukkan kod yang telah disediakan.
PROSES PENGATURCARAAN ARDUINO
Di bahagian ini pula saya akan menerangkan tentang perisian yang
digunakan untuk menulis kod dan bagaimana memasang perisian ini pada PC atau
Laptop anda. Oleh kerana Arduino dibina atas dasar sumber terbuka anda boleh
muat turun perisian tersebut dari Laman Rasmi Arduino secara percuma. Pada masa
saya menulis ini, versi yang terbaru adalah Arduino 1.5.2 Beta Untuk memuat turun klik ”Laman Rasmi
Arduino” di ruangan sebelah kanan yang telah disediakan. Dari Laman
Arduino Klik ”Download” dan anda akan dapat melihat gambarajah seperti di
bawah.
Pilih sistem operasi yang anda gunakan untuk muat turun. Fail
Arduino-1.5.2 Beta.zip akan dimuat turun ke komputer anda. Saiz nya lebih
kurang 80Mb. Jadi penggunaan Jalur lebar amatlah digalakkan. Kemudian anda
boleh unzip fail tersebut.Perisian ini adalah percuma
Perbezaan antara Arduino dengan mikro kontroler lain
·
Lebih Murah – Oleh kerana
Arduino dibina secara sumber terbuka ianya lebih murah berbanding mikro
kontroler lain yang ada di pasaran.
·
Platform bersilang – Arduino
boleh digunakan pada semua sistem operasi komputer Windows,Mac OSX dan Linux.
Kebanyakan mikro kontroler lain terhad kepada sistem operasi Windows sahaja.
·
Pengaturcaraan mudah –
Pengaturcaraan C yang dipermudah. Sesuai digunakan oleh penuntut sekolah atau
yang ingin memulakan hobi dan menepati kehendak pengguna yang lebih
berpengalaman kerana boleh diperkembangkan ke C++.
·
Perisian sumber terbuka – oleh
kerana perisian ini dibina secara sumber terbuka ia boleh didapati secara
percuma berbanding perisian untuk mikro kontroler lain yang harganya mencecah
lebih seribu ringgit.
Papan pembagunan sumber terbuka – Papan
pembagunan seperti contoh yang anda lihat diatas (Arduino Duemilanove) dibina
secara sumber terbuka oleh itu anda boleh mendapatkan dengan harga yang lebih
murah. Sesuai untuk mereka yang ingin belajar atau memulakan hobi dalam bidang
elektronik,robotik dan rekacipta. Papan pembangunan Arduino Duemilanove di buat
di Italy namun anda boleh mendapatkanya dengan harga kurang dari RM150.00MENGGUNAKAN ARDUINO
Arduino ialah Papan
pembangunan (development board)yang menggunakan uC Atmega untuk menghasilkan projek ataupun eksperimen.Menyerupai
seperti PIC(Programmable Integrated Circuit) tapi baru diperkenalkan pada 2005 di Italy.
Tujuan utamanya adalah untuk menghasilkan Papan pembangunan yang lebih murah
supaya dapat digunakan oleh lebih ramai pelajar disana.Hari ni Arduino menjadi
semakin popular sehinggakan terdapat pereka fesyen di Italy yang menggunakannya
untuk pakaian baru mereka. Senarai empat nama dibawah ini adalah mereka yang
terlibat dalam menghasilkan Arduino.
Lebih khususnya
Arduino ialah sejenis Papan Pembangunan yang boleh digunakan untuk berinteraksi
dengan peralatan luaran seperti mengesan dari sensor dan mengawal peralatan
seperti motor dan relay. Jadi anda boleh menggunakan Arduino untuk membina
peralatan elektronik seperti alat penggera,jam digital,paparan Led dan juga
robot atau apa saja mengikut kreativiti anda.Dibina secara sumber terbuka
supaya dapat digunakan dengan lebih mudah dan murah berbanding mikro kontroler
lain yang ada di pasaran.
Terdapat banyak
mikro kontroler dipasaran antaranya PIC,Basic Stamp dan lain lain. Kesemua
mikro kontroler ini boleh diguna untuk membina peralatan seperti yang
dinyatakan tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)